PANDUAN TIKTOK

PanduanTikTok

Tips melangkah dari wanita bekerjaya kepada suri rumah tangga

 Setelah diamati, salah satu perkara yang menyumbang kepada depresi saya ialah ketidaksiapan saya untuk jadi suri rumah tangga sepenuh masa.


Lebih tiga tahun yang lalu, ketika mengandung si kakak, saya sangat beremosi.


Ditambah pula dengan suasana PKP, langkah saya terbantut dari banyak aspek.


Dalam keadaan fikiran tidak waras, menangis-nangis setiap malam, saya meluahkan hasrat untuk berhenti kerja sepenuh masa.


Encik suami yang keberatan pun terpaksa layankan dan bersetuju sahaja. Mungkin tak sampai hati tengok saya dalam keadaan serabut macam tu kot.


Malam tu juga saya mohon skim perpisahan secara sukarela dan berhenti dalam dua bulan kemudian.


——


Saya percaya ramai rakan-rakan yang juga berfikir untuk berhenti kerja dan jadi suri rumah tangga. 


But no one really tells the hard truth behind it.


Perubahan dari hidup bekerjaya, ada duit sendiri, tak akan sama dengan orang yang lepas habis belajar, kahwin dan terus jadi suri rumah.


You have a lot to consider.

You already have your commitments.

You’re in a comfort zone of having own money for leisure.


Jika anda dalam situasi berbelah bahagi sama ada untuk beralih kepada kerjaya suri rumah tangga, boleh belek step-by-step yang saya rumuskan di bawah ini.


Langkah-langkah ini tidak rigid atau perlu ikut turutan. Ada juga yang boleh dilangkau sekiranya anda tiada permasalahan itu.


Semoga bermanfaat untuk semua.


Nak jadi Suri rumah tangga? Baca buku ni dahulu untuk mantapkan niat, tetapkan misi dan visi agar tak menyesal

Jika nak dapatkan details panduan jimat wang, bebas hutang dan idea pendapatan sampingan, lihat di sini


Sertai support group suri rumah professional di sini.
Info kelas agama, khidmat komuniti, kongsi rezeki akan diberi di sini.



Ulasan

Catatan Popular