Aku dan kanser tiroid
*Apa itu tiroid?*
Tiroid ialah satu kelenjar berbentuk seakan-akan rama-rama yang terletak di hadapan leher kita dan melekat di salur pernafasan, bawah sikit daripada kotak suara. fungsi utamanya ialah untuk menukarkan iodine daripada makanan yang kita ambil kepada hormon yang mengawal fungsi metabolisma badan seperti kadar degupan jantung, kadar pembakaran sumber tenaga dalam badan, mengawalselia suhu dalam badan, kadar pencernaan makanan, kekerapan menstruasi bagi wanita, dan pelbagai fungsi penting yang lain.
*Apa itu kanser tiroid?*
Secara ringkasnya, kanser tiroid ataupun thyroid cancer ialah suatu penyakit yang mana sel-sel yang berada di kelenjar tiroid berkembang biak secara berlebihan dan tidak terkawal. Perkara ini selalunya menghasilkan ketumbuhan di dalam kelenjar tiroid. jikalau tidak dibendung, ia akan membesar dan berpotensi untuk berpindah daripada kelenjar asal ke salur darah ataupun organ-organ kita yang lain.
Kanser tiroid ada dalam empat jenis yang aku tak ingat semuanya. Yang pasti, aku punya adalah jenis Papillary thyroid Carcinoma. dalam banyak-banyak jenis ni, papillary ni yang paling common la, around 80% kes kanser tiroid adalah daripada jenis ni. tapi yang peliknya, para saintis tak jumpa lagi apa punca yang menyumbang kepada papillary thyroid carcinoma ni.
Ada satu jenis lagi, medullary thyroid carcinoma, accounted for around 8% of thyroid cancer, yg tu disebabkan mutasi genetik.
*Apa tanda-tanda / simptom-simptom / kesengsaraan yang dihadapi penghidap kanser tiroid?*
Berdasarkan apa yang aku alami sendiri, aku :
tetapi, lain orang, lain simptom. kalau ketumbuhan dah besar sangat, boleh jadi kesukaran bernafas dan kesukaran untuk makan/menelan sebab ketumbuhan tu dah menekan salur pernafasan kita.
menurut sumber-sumber yang aku baca pula, thyroid cancer ada kaitan dengan hyperthyroidism. Orang yang menghadapi hyperthyroidism ni selalunya:
dan pelbagai lagi yang aku sendiri malas nak ingat
Nampak macam perkara remeh, kan?
Sebab tu aku macam tak kisah je ulang-alik hospital kerajaan je untuk pemeriksaan. Tak terasa urgency nya.
Yang bagusnya, kanser tiroid ni antara kanser yang PALING LAMBAT dan PALING SUKAR merebak. Sekiranya ia merebak, kawasan yang berpotensi dijangkiti ialah kelenjar parathyroid dan kelenjar limfa (lymph) sebab kedudukannya yang berdekatan dengan tiroid... Yang jauh sikit tetapi berpotensi diserang paru-paru, dan tulang.
Tambahan pula, lebih 90% daripada penghidap kanser tiroid yang menjalani pembedahan dan rawatan mampu bebas daripada kanser dan hidup lebih daripada 20 tahun selepas rawatan.
Nak tahu lebih tepat, boleh baca lebih lanjut dekat endocrineweb - aku suka website ni sebab penerangannya mesra pesakit dan mudah difahami.
*Apa tahap kanser tiroid aku?*
Sejujurnya, doktor tak cakap secara jelas tahap kanser aku. Yang pasti, waktu ultrasound, tiada tanda-tanda bahawa ia telah merebak ke kelenjar dan organ yang berdekatan.
Menurut pembacaan, tahap untuk kanser tiroid ni mengikut kategori umur pesakit. Untuk yang di bawah 40 tahun macam aku, tahap kanser ada dua je. Tahap 1, belum merebak. Tahap 2, belum merebak. Tak kisahlah saiz ketumbuhannya. tetap dua tahap sahaja. memandangkan doktor ultrasound kata kawasan sekitar tiroid aku bebas daripada sel kanser, maka aku anggap ajelah kanser aku di tahap 1 sahaja.
*Sakit tak bila ada kanser ni?*
Sakit hati je banyak. hu hu. Sebab banyak perubahan internal / dalam yang orang lain tak nampak dan tak faham. Secara fizikal, memang kelihatan ok sahaja. Ketumbuhan yang aku ada pun tak sakit bila ditekan. saiznya pun kecil, masih belum mampu mengganggu gugat trachea mahupun peti suara. cuma itulah. kalau selalu sangat sakit kepala la, tak larat la... aku sendiri rimas bila asyik kena bagi alasan yang sama dekat bos, rakan sekerja, untuk ambil cuti. kalau pergi klinik jumpa doktor, dia cek tekanan darah, degupan jantung, suhu badan dan soal jawab yang sama je. memandangkan semua bacaan adalah normal, jadi malu pula jumpa doktor. terasa macam diri buat-buat sakit pula.
Apabila dah dapat pengesahan doktor bahawa aku ada kanser tiroid, hari seterusnya terus jumpa bos bagitahu keadaan sebenar. waktu depan bos ni memang aku menangis. terharu sangat. Sebab bos aku ni super baik. bagi motivasi untuk terus bersemangat, ingat pada Tuhan yang aku sembah (walaupun dia tak berpegang pada Tuhan yang sama), ini adalah ujian kehidupan etc. yang paling best, dia bagi kebenaran untuk aku bercuti bila² masa aku perlukan jika aku tidak rasa sihat. Work is nothing compared to health, katanya.
*Apa rawatan untuk kanser tiroid?*
1. Pembedahan membuang tiroid (Thyroidectomy) - samaada separuh ataupun penuh. Biasanya kalau dah sah kanser, memang kena buang penuh tiroid ni. Kes aku dan senior yang aku kenali adalah begini. Nama glamournya Total Thyroidectomy. Kalau ketumbuhan yang masih tidak dikenalpasti kanser / benign, biasanya buang separuh je. ini macam kes ayah aku. Dia jumpa doktor di hospital swasta sebab ada ketumbuhan, doktor terus operate dan buang; daripada tu doktor baru buat ujian dan dapati ia adalah kanser. Kalau nak tahu details pasal jenis-jenis pembedahan tiroid, boleh rujuk di [sini]. Yang nak tahu macam mana pembedahan ini dilakukan, boleh tengok video di bawah.
2. Setelah pembedahan, akan disusuli dengan terapi radioactive iodine (RAI). RAI ni adalah satu-satunya chemotheraphy yang spesifik dan target hanya pada sel-sel tiroid yang tertinggal daripada dikeluarkan ketika pembedahan, serta sel-sel tiroid yang merebak ke organ lain. Setakat ini aku masih belum menjalani RAI ni lagi, jadi aku tidak dapat nak komen sangat. Yang pasti, doktor bedah aku kata, selagi luka pembedahan tak sembuh, selagi tu tak boleh teruskan dengan RAI ni. Jom tunggu bersama-sama dan lihat.
3. Thyroid replacement hormone - lepas menjalani total thyroidectomy, kena ambil synthetic thyroid hormone - levothyroxine sebab dah tak ada tiroid dalam badan yang mampu mengeluarkan hormon secara semulajadi. Hormone ni ada pelbagai jenama tapi disarankan agar makan jenama yang sama sahaja sebab ia mungkin memberikan kesan yang berlainan. Aku punya jenama Euthyrox, dikilangkan di Germany. Pilnya kecil sahaja, berwarna putih dan tidak mempunyai rasa. Perlu berhati-hati kerana ada potensi terlekat di tekak ketika beberapa selepas pembedahan kerana kesukaran menelan.
4. lain-lain rawatan aku belum hadapi lagi - maka tak tahu.
Ok, dah panjang berjela aku menulis. Harus diingati, aku tidak menjamin kesahihan maklumat yang aku berikan secara saintifik, tetapi aku berusaha seboleh mungkin berkongsi maklumat yang aku dapat berdasarkan pembacaan daripada laman-laman web yang aku rasa reliable, serta maklumat yang didapati daripada pengamatan dan pengalaman diri sendiri sebagai penghidap kanser tiroid. Kebanyakan pencarian di Google mengenai penyakit ini adalah dalam bahasa inggeris, maka aku ambil kelainan untuk menulisnya di dalam bahasa melayu. Semoga ia bermanfaat untuk sesiapa sahaja yang terbaca entri ini.

![]() |
Anatomi kelenjar tiroid . Sumber : WebMD http://www.webmd.com/women/picture-of-the-thyroid |

- dapati terdapat ketulan / ketumbuhan keras di bahagian hadapan leher.
- selalu penat tanpa sebab
- sukar tidur
- haid tidak teratur / menentu
- selalu pening kepala (boleh jadi sebab tak tidur)
- cepat stress
tetapi, lain orang, lain simptom. kalau ketumbuhan dah besar sangat, boleh jadi kesukaran bernafas dan kesukaran untuk makan/menelan sebab ketumbuhan tu dah menekan salur pernafasan kita.
menurut sumber-sumber yang aku baca pula, thyroid cancer ada kaitan dengan hyperthyroidism. Orang yang menghadapi hyperthyroidism ni selalunya:
- - selalu rasa lapar
- - berat badan menurun walaupun tak diet
- - haid tak teratur
- - tak boleh tahan panas
- - terketar-ketar tangan / kaki
- - jantung selalu berdegup pantas
dan pelbagai lagi yang aku sendiri malas nak ingat
Nampak macam perkara remeh, kan?
Sebab tu aku macam tak kisah je ulang-alik hospital kerajaan je untuk pemeriksaan. Tak terasa urgency nya.
Yang bagusnya, kanser tiroid ni antara kanser yang PALING LAMBAT dan PALING SUKAR merebak. Sekiranya ia merebak, kawasan yang berpotensi dijangkiti ialah kelenjar parathyroid dan kelenjar limfa (lymph) sebab kedudukannya yang berdekatan dengan tiroid... Yang jauh sikit tetapi berpotensi diserang paru-paru, dan tulang.
Tambahan pula, lebih 90% daripada penghidap kanser tiroid yang menjalani pembedahan dan rawatan mampu bebas daripada kanser dan hidup lebih daripada 20 tahun selepas rawatan.
Nak tahu lebih tepat, boleh baca lebih lanjut dekat endocrineweb - aku suka website ni sebab penerangannya mesra pesakit dan mudah difahami.
*Apa tahap kanser tiroid aku?*
Sejujurnya, doktor tak cakap secara jelas tahap kanser aku. Yang pasti, waktu ultrasound, tiada tanda-tanda bahawa ia telah merebak ke kelenjar dan organ yang berdekatan.
Menurut pembacaan, tahap untuk kanser tiroid ni mengikut kategori umur pesakit. Untuk yang di bawah 40 tahun macam aku, tahap kanser ada dua je. Tahap 1, belum merebak. Tahap 2, belum merebak. Tak kisahlah saiz ketumbuhannya. tetap dua tahap sahaja. memandangkan doktor ultrasound kata kawasan sekitar tiroid aku bebas daripada sel kanser, maka aku anggap ajelah kanser aku di tahap 1 sahaja.
*Sakit tak bila ada kanser ni?*
Sakit hati je banyak. hu hu. Sebab banyak perubahan internal / dalam yang orang lain tak nampak dan tak faham. Secara fizikal, memang kelihatan ok sahaja. Ketumbuhan yang aku ada pun tak sakit bila ditekan. saiznya pun kecil, masih belum mampu mengganggu gugat trachea mahupun peti suara. cuma itulah. kalau selalu sangat sakit kepala la, tak larat la... aku sendiri rimas bila asyik kena bagi alasan yang sama dekat bos, rakan sekerja, untuk ambil cuti. kalau pergi klinik jumpa doktor, dia cek tekanan darah, degupan jantung, suhu badan dan soal jawab yang sama je. memandangkan semua bacaan adalah normal, jadi malu pula jumpa doktor. terasa macam diri buat-buat sakit pula.
Apabila dah dapat pengesahan doktor bahawa aku ada kanser tiroid, hari seterusnya terus jumpa bos bagitahu keadaan sebenar. waktu depan bos ni memang aku menangis. terharu sangat. Sebab bos aku ni super baik. bagi motivasi untuk terus bersemangat, ingat pada Tuhan yang aku sembah (walaupun dia tak berpegang pada Tuhan yang sama), ini adalah ujian kehidupan etc. yang paling best, dia bagi kebenaran untuk aku bercuti bila² masa aku perlukan jika aku tidak rasa sihat. Work is nothing compared to health, katanya.
*Apa rawatan untuk kanser tiroid?*
1. Pembedahan membuang tiroid (Thyroidectomy) - samaada separuh ataupun penuh. Biasanya kalau dah sah kanser, memang kena buang penuh tiroid ni. Kes aku dan senior yang aku kenali adalah begini. Nama glamournya Total Thyroidectomy. Kalau ketumbuhan yang masih tidak dikenalpasti kanser / benign, biasanya buang separuh je. ini macam kes ayah aku. Dia jumpa doktor di hospital swasta sebab ada ketumbuhan, doktor terus operate dan buang; daripada tu doktor baru buat ujian dan dapati ia adalah kanser. Kalau nak tahu details pasal jenis-jenis pembedahan tiroid, boleh rujuk di [sini]. Yang nak tahu macam mana pembedahan ini dilakukan, boleh tengok video di bawah.
2. Setelah pembedahan, akan disusuli dengan terapi radioactive iodine (RAI). RAI ni adalah satu-satunya chemotheraphy yang spesifik dan target hanya pada sel-sel tiroid yang tertinggal daripada dikeluarkan ketika pembedahan, serta sel-sel tiroid yang merebak ke organ lain. Setakat ini aku masih belum menjalani RAI ni lagi, jadi aku tidak dapat nak komen sangat. Yang pasti, doktor bedah aku kata, selagi luka pembedahan tak sembuh, selagi tu tak boleh teruskan dengan RAI ni. Jom tunggu bersama-sama dan lihat.
3. Thyroid replacement hormone - lepas menjalani total thyroidectomy, kena ambil synthetic thyroid hormone - levothyroxine sebab dah tak ada tiroid dalam badan yang mampu mengeluarkan hormon secara semulajadi. Hormone ni ada pelbagai jenama tapi disarankan agar makan jenama yang sama sahaja sebab ia mungkin memberikan kesan yang berlainan. Aku punya jenama Euthyrox, dikilangkan di Germany. Pilnya kecil sahaja, berwarna putih dan tidak mempunyai rasa. Perlu berhati-hati kerana ada potensi terlekat di tekak ketika beberapa selepas pembedahan kerana kesukaran menelan.
4. lain-lain rawatan aku belum hadapi lagi - maka tak tahu.
Ok, dah panjang berjela aku menulis. Harus diingati, aku tidak menjamin kesahihan maklumat yang aku berikan secara saintifik, tetapi aku berusaha seboleh mungkin berkongsi maklumat yang aku dapat berdasarkan pembacaan daripada laman-laman web yang aku rasa reliable, serta maklumat yang didapati daripada pengamatan dan pengalaman diri sendiri sebagai penghidap kanser tiroid. Kebanyakan pencarian di Google mengenai penyakit ini adalah dalam bahasa inggeris, maka aku ambil kelainan untuk menulisnya di dalam bahasa melayu. Semoga ia bermanfaat untuk sesiapa sahaja yang terbaca entri ini.
posted from Bloggeroid
Ulasan
Jantung sy kdg² Rasa mmg x normal degupan dia.kdg² sy Rasa gelisah,rambut mmg gugur teruk. Ni mmg thyroid ke?
====
Tiroid ada di kiri & kanan pangkal leher (macam rama2). Jadinya bengkak tiroid boleh jadi di kiri atau kanan leher. Rujuk pada doktor untuk pengesahan lanjut.
====
Sekiranya bengkak besar dan sudah menekan peti suara, mungkin ada komplikasi pada suara. Setakat ni sy tak jumpa orang yg jadi bisu sebab pembedahan. Paling teruk pun suara menjadi serak ataupun suara tenggelam timbul. Tapi komplikasi ini biasanya disusuli dengan rawatan & terapi lain yg mampu mengembalikan suara tersebut